PAS Sarawak rakam penghargaan

Nasional
Typography

PAS Sarawak ingin merakamkan ucapan terima kasih buat seluruh pengundi di Negeri Sarawak yang telah menunaikan amanah bagi masa depan negara pada tanggal 09 Mei 2018 yang lalu.

PAS Sarawak juga ingin merakamkan jutaan terima kasih buat seluruh petugas dan pengundi yang telah membantu dan memberi undi kepada PAS dalam PRU14 ini di kesemua 5 kerusi Parlimen yang ditandingi PAS. Semoga segala sumbangan anda diberi sebaik ganjaran dan dikira sebagai amal yang baik.

PAS Sarawak percaya bahawa rakyat telah membuat keputusan untuk menukar kerajaan yang dahulunya ditadbir oleh Barisan Nasional yang terpalit dengan pelbagai masalah yang kini menghimpit kehidupan rakyat.

PAS percaya bahawa dengan pembentukan kerajaan baru di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir ini akan meletakkan kepentingan pembangunan Sarawak sebagai salah satu agenda penting termasuk memberi hak yang sepatutnya kepada seluruh rakyat Sarawak.

Buat seluruh petugas dan penyokong PAS, mari kita bersama memperkukuhkan saf dan terus bekerja untuk memberi kebajikan dan kesejahteraan pada masyarakat melalui Islam yang kita bawa. Kita yakin bahawa hanya dengan Islam-lah yang dapat menyelesaikan masalah rakyat dan negara.

HAJI JOFRI JARAIEE 
Pesuruhjaya PAS Sarawak - HARAKAHDAILY 12/5/2018