Baldah Toyyibah rayu ke Mahkamah Rayuan

Nasional
Typography

KOTA BHARU: Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd (Baldah) dijangka membuat rayuan ke mahkamah lebih tinggi berhubung kes sama Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (DHI).

Mahkamah Tinggi di sini semalam dilapor memberitahu wujud kontrak yang sah dengan Baldan mengenai projek pembinaan lebuh raya rakyat Kota Bharu-Kuala Krai.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Bache membenarkan tuntutan itu dengan merujuk surat hasrat bertarikh 8 Oktober 2012 dan surat setuju terima bertarikh 31 Oktober 2012.

Prosiding kes itu didengari selama 40 hari melibatkan 16 saksi termasuk bekas anggota Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa sebagai saksi pihak plaintif.

Sebelum ini syarikat itu menuntut ganti rugi RM230 juta ekoran dakwaan kerajaan negeri mengingkari surat hasrat pembinaan lebuh raya rakyat.

Sumber kerajaan memberitahu anak syarikat kerajaan negeri akan membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan berhubung kes tersebut. Baldah diwakili peguam dari Azmi & Associates. – HARAKAHDAILY 2/3/2017