Mereka akan cari PAS 'minta nyawa'

Nasional
Typography

SOALAN benarkah PAS ada bincang untuk bersama Umno dalam PRU akan datang bagaikan soalan tetap dalam program dialog santai bersama masyarakat.

Oleh sebab program santai seperti 'Teh Tarik Session'  berjalan dalam suasana  santai, maka hadirin tak segan untuk tanya soalan santai.

Dr Azman2Saya pun yakin, yang bertanya itu dia sendiri pun tak percaya bahawa PAS nak bersama Umno. Tapi mereka suka dengar ulasan dan jawapan santai. Kita pun tanpa rasa jemu akan terus layan untuk menjawab. He he... tak ada istilah cemuh dalam memimpin.

Ahli PAS tak mempunyai masalah untuk memberi kepercayaan kepada kebijaksanaan kepimpinan yang diterajui Tuan Guru Presiden untuk mengemudi bahtera perjuangan ini.

Yang bercakap hal PAS nak bersama Umno bukannya orang PAS. Tapi orang Umno dan PH. Kita orang PAS relaks saja.

Orang PAS cukup faham. Umno apabila tersepit, mereka akan cari PAS 'minta nyawa'. Bila kuat mereka akan tendang dan terajang PAS.

Pendekatan BPMS bukan bermakna kita serah hidung untuk dicucuk oleh Umno lalu ditarik mereka sesuka hati. Kita buat baik dengan saudara kita orang Umno kerana Islam mengajar kita untuk berbuat baik sesama insan.

Kebaikan kita ikhlas kerana Allah. Tak ada pimpinan PAS yang dapat projek sejak pendekatan BPMS dilaksanakan. Kita terus kerja macam biasa. Akhirnya nanti lihatlah bagaimana Umno/BN akan menentang PAS dalam PRU akan datang.

Sabar sekejap saja lagi. Tak sampai setahun dah masanya. Tuduhan yang kata PAS nak bergabung dengan Umno akan terjawab sendiri. – HARAKAHDAILY 11/10/2017