21
Tue, May
32 Artikel Baru

Hanya ada cawangan di alam maya ingat boleh menang?

Nasional
Typography

DARIPADA lebih 100 kerusi parlimen yang diumumkan Setiausaha Agung PAS yang akan ditandingi oleh PAS dalam PRU 14, confirm 8 kerusi di Terengganu dan 14 kerusi di Kelantan, PAS akan lawan Umno/BN.

Dr Azman1Di negeri lain, ada yang lawan Umno/BN, MCA/BN, MIC/BN, PBB/BN, PBS/BN, Gerakan/BN dan mana-mana saja parti komponen BN yang meletakkan calon di kerusi berkenaan.

PAS sudah lawan Perikatan dan kemudiannya BN dalam PRU sejak tahun 1955 lagi sehingga yang terakhir tahun 2013 dan akan terus lawan BN. Hanya dalam PRU 1974 sahaja PAS tak lawan BN ketika PAS berada dalam BN.

Tiba-tiba ada gabungan parti yang masih berhingus dan sebahagian besar pimpinan mereka asalnya cari makan dalam BN, menuduh PAS bertanding kerana nak menangkan BN. Teori mana mereka guna?

Lebih 100 kerusi parlimen yang akan ditandingi PAS seluruh negara adalah berdasarkan kekuatan jentera akar umbi serta disokong dengan data dan maklumat yang kita ada.

PAS ada Jabatan Pilihanraya PAS, Pusat Penyelidikan PAS, Institut Strategi PAS dan Institut Polisi Studi yang melakukan kajian di samping maklumat dari beberapa agensi kajian bebas yang membekalkan kita dengan data dan maklumat yang diperlukan.

Di seluruh negara PAS ada lebih 7,000 cawangan dan 195 kawasan. Kita realistik dan berpijak di bumi nyata dengan langkah dan tindakan yang diambil. Bukan urusan kita nak ambil peduli walau ada suara sinis yang mengeji, ada cawangan banyak pun bukannya menang! Habis tu kamu yang hanya ada cawangan di alam maya ingat boleh menang?

Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
23 September 2017 – HARAKAHDAILY 23/9/2017