21
Tue, May
32 Artikel Baru

Tekad: 200K peserta Fastaqim 2.0 tak sukar dicapai

Nasional
Typography

TERENGGANU bumi para ulama. Bumi Tok Ku Paloh, Tok Syeikh Duyong, Haji Abdul Rahman Limbong dan ramai lagi para ulama yang berjuang meninggikan agama Allah di Serambi Madinah ini.

Di bumi inilah undang-undang Allah, Itqanul Muluk Lita'dil lissuluk pernah berdaulat.

Negeri yang dianugerahkan Allah dengan keindahan semula jadi, budaya yang menarik dan orangnya baik-baik.

fastaKami orang Ganu berbesar hati untuk menyambut tuan puan yang mari dari seluruh pelosok tanah air bagi bersama menghijaukan bumi Ganu pada 29 dan 30 September ini. Ganu adalah negeri kita bersama. tuan puan dipersilakan dengan segala hormatnya.

Pantai Tok Jembal yang indah, tenang dan damai akan menjadi lokasi kita berhimpun. Nasi dagang, ikan celup tepung, sotong celup tepung, keropok lekor dan beraneka lagi makanan tradisi Ganu sedia untuk dinikmati.

Fastaqim 2.0 yang diberikan penghormatan kepada bumi Ganu untuk menjadi tuan rumah tak akan berjaya tanpa penyertaan tuan puan semua. Pakat ajak belaka adik kakak kaum keluarga kita untuk bersama kita membentuk ‘Gelombang Hijau’ menuju kemenangan. Matlamat 200K peserta Fastaqim 2.0 tak sukar untuk dicapai andai setiap dari kita bertekad untuk kita menjadi salah seorang yang melengkapkan angka tersebut.

Sungguh himpunan Fastaqim 2.0 ini akan menjadi satu catatan peristiwa yang akan kekal disebut dan diceritakan untuk satu tempoh masa yang panjang. Tuan puan adalah sebahagian dari sejarah yang bakal dicatat.

Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu
Pengerusi KAMI Terengganu - HARAKAHDAILY 22/9/2017