20
Mon, May
28 Artikel Baru

Lemah urus tadbir: Ekonomi Malaysia terus tenat

Nasional
Typography

PAS lahir rasa kebimbangan berkaitan keputusan pelaburan wang rakyat di US bahkan tindakan tersebut dikatakan untuk mengukuhkan ekonomi US.

Kebimbangan ini disuarakan berdasarkan prestasi pengurusan kerajaan Umno-BN dalam pelaburan.

Sekitar awal tahun 80-an RM2.6 Bilion bahkan satu pelaburan BMF lesap dalam pelaburan hartanah di Hong Kong.

Manakala pada tahun  90-an USD10 Bilion nilai sekarang melebihi RM40 Bilion hilang daripada simpanan negara yang dalam siasatan RCI.

Syarikat GLC seperti MAS, Perkapalan Nasional, Perwaja, MARA, FGV dan berapa perniagaan di dalam negara boleh mengalami kerugian.

1MDB bermodalkan pinjaman rakyat tidak melihat sebarang keuntungan kepada rakyat. Malah aliran tunai sangat membimbangkan.

PAS berharap rakyat dapat menilai matlamat dan keboleh pecayaan kepada keupayaan kerajaan hari ini.

Terkini ketika lawatan rasmi ke Amerika Syarikat Perdana Menteri telah menyatakan komitmen KWSP memperuntukkan RM17 Billion bagi membantu ekonomi Amerika Syarikat.

Perkara itu juga telah mendapat maklum balas dari Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia bahawa tindakan itu tidak wajar bahkan tidak releven kerana Amerika Syarikat mempunyai kuasa besar dan ekonomi di dunia.

PAS berpandangan bahawa ekonomi Malaysia akan terus tenat ditadbir oleh pimpinan yang hanya memikirkan kepentingan tertentu berbanding keperluan rakyat.

Lebih parah pelaburan yang diusahakan menjerut kehidupan rakyat dalam negara sendiri semakin terjejas namun sanggup bantu negara luar.

Kerajaan Malaysia wajar mengemukakan alasan serta sebab utama keputusan itu dilaksanakan sekiranya hanya sekadar kepentingan menguatkan pengaruh antarabangsa pasti rakyat akan terseksa.

Seksaan yang diberikan disuntik sedikit demi sedikit daripada hasil negara ini sehingga akhirnya berlaku kesempitan hidup berterusan.

Kenaikan harga petrol saban minggu dan pelaksanaan GST sahaja sudah memberikan tekanan apatah lagi ekonomi negara menjadi tenat melalui pelaburan mencurigakan.

PAS mohon kajian semula dilakukan bagi memastikan dasar ekonomi negara tidak mudah dinodai dengan tindakan yang mengorbankan rakyat serta negara,

RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Perak
18 September 2017M bersamaan 27 Zulhijjah 1438H – HARAKAHDAILY 18/9/2017