Walaupun seorang, kita tak kaitkan seluruh institusi mufti

Nasional
Typography

SEBAGAIMANA klinik dan hospital kerajaan tak mampu untuk menampung keperluan pesakit, begitulah juga institusi pendidikan.

Dr AzmanSaya ada fakta dengan ungkapan saya bahawa klinik kerajaan tak mampu menampung keperluan pesakit. Kalau seorang pesakit dengan masalah geraham bongsu, diberikan temujanji untuk pembedahan dalam masa 3 bulan lagi sedangkan pesakit tersebut sudah beberapa malam tak dapat tidur menanggung kesakitan, itu namanya perkhidmatan sudah tak mampu menampung keperluan rakyat. Sepatutnya pembedahan boleh dibuat seberapa segera.

Maka kekurangan ini ditampung oleh kami di sektor swasta. Walau kami 'ditekan' oleh pihak berkuasa dengan peraturan itu dan ini, kena bayar itu dan ini, kena buat itu dan ini dan kena audit itu dan ini, tapi kami sabar buat cool saja.

Pegawai Jabatan Kesihatan yang datang untuk periksa dan audit klinik, bukannya kita tak kenal. Rakan sejawat saja masa bersama dalam perkhidmatan kerajaan dulu. Tak bagus mana pun masa kerja dulu. Hehe... tapi bila datang untuk tugasan pemeriksaan dan audit di klinik kita, lagaknya macamlah perkhidmatan pergigian kerajaan tip top dan perfect serta dialah pegawai terbaik! Suruh itu dan ini, arah itu dan ini serta tegur itu dan ini. Biarkan kerana dia dibayar gaji untuk buat kerja itu.

Sepatutnya kita perlu berfikir bahawa kewujudan institusi swasta adalah sokongan dan pelengkap kepada institusi kerajaan termasuklah tahfiz swasta bagi menampung keperluan rakyat.

Tak kan nak banding institusi kerajaan yang disalurkan dengan segala bajet dan infra berbanding institusi swasta yang serba terbatas. Memang tak dinafikan ada institusi tahfiz yang menipu dan pelajar digunakan untuk kutip derma. Tapi berapa peratus yang sebegitu? Institusi kerajaan pun tak dapat lari dari masalah. Kita tak diajar untuk menghukum secara pukul rata.

Jangan kerana ada satu dua kes yang negatif melibatkan maahad tahfiz swasta maka kita menyemai kebencian kepada keseluruhan institusi tahfiz swasta. Ini tak betul!

Walaupun ada seorang hamba Allah berjawatan mufti di Perlis yang selalu memeningkan kepala masyarakat, kita tak kaitkan perlakuan dia dengan keseluruhan institusi mufti yang dipandang tingi serta dihormati masyarakat. Kalau kita tegur dan kritik, setakat dia sorang saja.

Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
16 September 2017 – HARAKAHDAILY 16/9/2017