26
Fri, Apr
8 Artikel Baru

Selamat Hari Pekerja 2017

Nasional
Typography

SEMPENA tarikh 1 Mei 2017 ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA kepada semua golongan pekerja yang gigih mencari rezeki, menabur budi di tanah air tercinta kita Malaysia dan juga rakyat Malaysia yang berkelana jauh dari tanah air mencari rezeki dan berjuang di lapangan masing-masing di luar negara.

Percutian hari ini semoga dapat dimanfaatkan bersama keluarga tercinta yang kerana mereka kita berjuang mencari rezeki, menyara hidup sekeluarga. Keluarga, juzuk penting hidup kita semua yang perlu dipertahankan.

Semoga Allah SWT memberkati kita semua dengan perubahan yang lebih baik untuk seluruh golongan pekerja, kehidupan yang lebih sejahtera, kos sara hidup yang munasabah, pendapatan yang meningkat, kerjaya yang berkembang maju serta ruang yang lebih selesa untuk inovasi dan kreativiti.

Bersama kita bekerja membina Negara Malaysia Yang Sejahtera.

Pekerja pembina negara.

AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
1 Mei 2017 – HARAKAHDAILY 1/5/2017