19
Wed, Jun
18 Artikel Baru

Ribut: Kenyataan Media PAS Kedah

Nasional
Typography

PIHAK Panitia Muktamar Tahunan PAS ke-63 melahirkan rasa simpati ke atas mangsa-mangsa bencana ribut yang berlaku di Kompleks PAS Kedah sejurus selepas azan Maghrib dan mendoakan kesejahteraan mereka.

Kejadian berkenaan melibatkan beberapa buah khemah Kelab Usahawan Haraki PAS yang menempatkan agensi kerajaan dan persendirian.

Seramai 11 daripada 17 orang mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Pihak Panitia Muktamar serta PAS Kedah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Amal Malaysia, Pasukan Bomba dan Penyelamat,  pegawai kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Medic Papisma dan St. John Ambulance yang telah membantu mangsa di tempat kejadian.

Sementara itu, semua aturcara program Muktamar Tahunan PAS ke-63 yang tidak melibatkan tapak ekspo adalah berjalan seperti biasa.

Marilah kita mendoakan semoga dua hari tempoh muktamar yang berbaki berlangsung dengan aman dan sejahtera.

Dr Ahmad Fakruddin Sheikh Fakhrurazi
Pesuruhjaya PAS Kedah
30 April 2017 - HARAKAHDAILY 30/4/2017