19
Mon, Aug
21 Artikel Baru

Korban: 22 lembu, 230 petugas, 1,544 penerima

Nasional
Typography

BUKIT GANTANG: Seramai 1,554 asnaf miskin di sekitar Parlimen ini menerima sumbangan daging korban dalam program Ibadah Korban Perdana anjuran PAS Kawasan Bukit Gantang yang telah diadakan di Sungai Petai, di sini semalam.

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, selain melaksanakan tuntutan ibadah dan meraikan golongan kurang berkemampuan, program itu juga bertujuan mengeratkan hubungan bersama para asnaf.

“Pada acara ini, kita agihkan daging qurban kepada setiap penerima yang merupakan orang susah, fakir miskin dari 68 kampung yang tidak melaksanakan korban.

"Program ibadah korban yang dijalankan setiap tahun ini turut menggambarkan semangat perpaduan dan kerjasama erat di kalangan masyarakat yang masih utuh yang mana kita harapkan ianya terus kekal dan memupuk keharmonian di sini,” ujar beliau.

Hampir 230 petugas telah terlibat membantu dan menjayakan kerja-kerja penyembelihan, melapah sehingga kepada proses pengagihan daging korban selesai dilakukan.

Dalam program ini, sebanyak 22 ekor lembu telah dikorbankan di mana majlis telah diakhiri dengan jamuan makan tengahari bagi semua anggota dan petugas yang terlibat.

Sementara itu, PAS Cawangan Kampung Pak Dollah turut melakar kemeriahan sama dengan menganjurkan korban di pekarangan kediaman Ketua PAS Kampung Pak Dollah, Ramli Haron, di sini semalam.
 
Turut sama menjayakan majlis kesatuan itu adalah penduduk Kampung Teratai Tambahan dan Taman Kamunting Aman membantu kerja-kerja menyembelih, melapah dan membungkus hingga selesai.
 
Program ini juga menyaksikan ikatan ukhuwah dan kemesraan antara generasi veteran bersama anak muda yang seterusnya menyantuni penduduk miskin dan kurang berkemampuan dengan agihan daging korban. - HARAKAHDAILY 13/8/2019

IMG 20190813 WA0027

IMG 20190813 WA0020

IMG 20190813 WA0019