19
Mon, Aug
21 Artikel Baru

Korban MAFAZ semai erti pengorbanan pada-Nya

Nasional
Typography

PEKAN: Masjid Fatimah Az-Zahraa (MAFAZ) bersama ahli kariah dan masyarakat setempat telah mengadakan Program Ibadah Korban dan Akikah yang dilangsungkan di pekarangan masjid ini di Taman Indera Sempurna, di sini semalam.

Melalui program ini, MAFAZ mengambil pendekatan membudayakan masyarakat bahawa ibadah korban adalah salah satu syiar Islam yang dapat memupuk perpaduan dan berkongsi nikmat-Nya dengan golongan kurang bernasib baik.

Diketuai Pengerusi MAFAZ, Ustaz Sayuti Osman, majlis turut disertai pimpinan PAS Kawasan Pekan antaranya yang hadir adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pekan iaitu Redhuan Ngah dan Mohamad Nazmi Ahmad Fuad.

Bersama juga adalah Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Pekan, Zainuddin Hasan dan Setiausaha UPU Gudang Rasau, Hamdan Hamzah, selain hadir sama Timbalan Kadi Kuantan, Ustaz Mohd Anis Mohd Azmi meriahkan majlis.

Majlis menyaksikan sebanyak 13 ekor lembu dan dua ekor kerbau telah disembelih pada korban kali ini di mana seekor lembu akikah dimasak oleh kaum muslimat untuk jamuan kepada peserta dan orang ramai yang hadir.

Sungguhpun banyak, hasil perpaduan gotong-royong semua pihak, kerja-kerja menyembelih dan melapah dapat diselesaikan sebelum waktu Zuhur dan daging kemudiannya diagihkan kepada golongan miskin sekitar taman dan peserta terlibat. - HARAKAHDAILY 12/8/2019

IMG 20190812 WA0028

IMG 20190812 WA0027

IMG 20190812 WA0026