14
Mon, Oct
5 Artikel Baru

Lynas: Kerajaan perlu tegas pendirian

Nasional
Typography

KERAJAAN perlu tegas dalam membuat sebarang keputusan  berkaitan isu pengurusan sisa nadir bumi yang dihasilkan oleh kilang Lynas Advance Material Plan (LAMP) agar tidak menimbulkan konflik yang lagi kritikal di masa akan datang selain berhenti menyalahkan Kerajaan terdahulu tentang isu Lynas yang dilihat ada kalanya tidak berasas.

aliasKebenaran operasi Lynas diteruskan seperti mana yang diumumkan sebelum ini menunjukkan komitmen Kerajaan memandangkan laporan Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi LAMP 2018 sendiri merumuskan bahawa segala aktiviti pengurusan Lynas mematuhi semua akta-akta utama yang berkaitan.

Walau bagaimanapun, saya mengesyorkan Kerajaan berpegang teguh pada pendirian bahawasanya lesen kilang Lynas tidak boleh diperbaharui selagi residu yang dihasilkan oleh LAMP tidak dibawa keluar dari Malaysia. Hal ini demikian kerana sehingga sekarang status kemudahan pusat pelupusan kekal (PDF) untuk sisa penulenan air larut lesap (WLP) sebanyak 451,564 tan metrik yang dinyatakan oleh pihak Lynas menjadi tanda tanya yang perlu dilakukan dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh lesen tamat.

Sekiranya pihak Lynas gagal mengikuti cadangan atau saranan yang dikemukakan dalam laporan berdasarkan kajian saintifik dan pakar oleh Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Mengenai Operasi LAMP, Kerajaan perlu bertegas memastikan residu yang dihasilkan oleh Lynas dihantar balik ke negara asal tanpa berkompromi walaupun cadangan ini ditolak oleh negara Australia.

Saya berharap Kerajaan dapat memperhalusi dan meneliti secara terperinci sebarang keputusan yang dibuat dengan mengambil kira autoriti kemaslahatan rakyat berkaitan isu status pembaharui lesen operasi kilang Lynas yang dijangka akan diumumkan minggu depan.    

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB CHE ALIAS HAMID
Ahli Parlimen Kemaman
7 Ogos 2019 | 6 Zulhijjah 1440 – HARAKAHDAILY 7/8/2019