23
Thu, May
35 Artikel Baru

Ahli PAS dilarang bincang hal ehwal parti dalam media

Nasional
Typography

PAS dengan tegas melarang semua ahli PAS dari membawa, membincangkan dan membahaskan sebarang isu melibatkan urusan parti di dalam semua bentuk media, sama ada media cetak mahupun media elektronik, termasuklah semua media sosial dan sebarang bentuk siaran luar yang bukan daripada saluran parti.

PAS mengingatkan sebarang pandangan, pendapat, cadangan mahupun kritikan mesti disalurkan melalui saluran parti di pelbagai peringkat.

Ini merupakan disiplin parti yang menjamin kebebasan bersuara di samping pada masa yang sama mengawal serta memelihara kerahsiaan organisasi.

PAS juga mengingatkan ahli-ahli parti bahawa menjadi kesalahan tatatertib sekiranya seseorang ahli melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan parti.

Adalah juga menjadi kesalahan sekiranya ahli tidak taat dan patuh kepada arahan parti yang berdasarkan kepada Perlembagaan serta Aturan dan Peraturannya.

Perintah Larangan (Gag Order) ini berkuatkuasa serta merta. Sebarang keengkaran terhadap perintah ini membolehkan seseorang ahli dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib parti.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 14 Mei 2019 – HARAKAHDAILY 14/5/2019