26
Fri, Apr
12 Artikel Baru

Pusatkan pentadbiran industri petroleum di T'ganu

Nasional
Typography

TADI ketika program Bicara Darul Iman bersama YABhg Tun Daim Zainuddin, Pengerusi Majlis Penasihat Negara yang membicarakan tajuk Ekonomi Bumiputera: Agenda Nasional saya sempat beri pandangan bahawa Terengganu sudah terlalu lama menjadi pemerhati dalam industri Petroleum dan tidak aktif penyertaannya dalam perbekalan dan perkhidmatan kepada industri.

Saya memfokus keperluan dibangunkan segera industri maritim yang kukuh kerana di masa hadapan rezab minyak lebih banyak akan diketemu semakin jauh ke tengah laut. Ini memerlukan prasarana maritim yang pelbagai yang besar saiz pasaran dan ekonominya. Industri sebegini tidak mampu dibangun secara inisiatif swasta bersendirian. Ia perlu cetusan modal yang besar dari kerajaan melalui projek-projek perintis seperti dilakukan di Lumut, Perak atau di Johor.

Dalam respon Tun Daim, beliau bersetuju dengan saya, real ekonomi yang boleh melonjak ekonomi Terengganu adalah perbekalan dan perkhidmatan dalam industri Petroleum.

Malah beliau secara berseloroh menyebut, cara paling mudah adalah Perdana Menteri lantik dari Terengganu.

Saya setuju cadangan itu. Sebab saya nak cadangkan kepada Perdana Menteri pemusatan semua aktiviti pentadbiran industri Petroleum jangan lagi di Kuala Lumpur. Pusatkan di negeri pengeluar, Terengganu. Urusan tender, mesyuarat utama, exhibition oil and gas yang utama dan besar-besar, consultant, suppliers semua berkampung di Terengganu.

Ini boleh mengalih bebanan yang besar kesesakan di Lembah Klang.

Syarikat petroleum related daftar di Terengganu, bayar corporate tax melalui LHDN Terengganu.

Selama ini mesyuarat, pentadbiran di KL tapi kutip hasil dari bahan petroleum mentah hingga kerja kerja upstream yang bernilai puluhan billion setahun di perairan Terengganu begitu juga downstream, tapi corporate account semua di KL.

Kemudian masing-masing bersungut “Oh, Terengganu sumbang cukai sikit jer ke Persekutuan!”

HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
 - HARAKAHDAILY 15/4/2019