18
Fri, Oct
31 Artikel Baru

ECRL: MB Kelantan ucap terima kasih

Nasional
Typography

PIHAK Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di atas persetujuan membangunkan ECRL di Kelantan. Sebagaimana telah dimaklumkan bahawa dua buah stesen akan dibangunkan di negeri ini iaitu stesen Kota Bharu dan Tok Bali.

Pihak Kerajaan Negeri Kelantan melihat keputusan ini akan memberi impak yang besar kepada majoriti rakyat Kelantan khususnya dalam membuka peluang pekerjaan menerusi pelbagai bidang yang berkaitan dengan pembinaan dan pengangkutan.

Ia juga merupakan langkah positif dalam merancakkan tempo ekonomi negeri dengan adanya kemudahan transportasi yang lebih efisien dan mampu menguruskan transaksi barangan yang bervariasi serta berskala besar. Secara langsung ia akan merubah landskap keusahawanan menjadi lebih kondusif dan kompetetif untuk semua warga Malaysia.

Seandainya kewujudan ECRL ini diurus dengan baik dan mengikuti piawaian sebenar, ini akan memberi Malaysia satu lagi fasiliti bertaraf antarabangsa yang akan memacu negara ini menjadi sebuah negara yang membangun dengan pesat setanding dengan negara maju yang lain.

YAB USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
8 Syaaban 1440 / 14 April 2019 – HARAKAHDAILY 14/4/2019