Geng Ustaz kutuk tembakan sengaja bunuh umat Islam

Nasional
Typography

GENG Ustaz mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya terhadap tembakan yang disifatkan secara rambang oleh kebanyakkan pihak selepas umat Islam menunaikan solat Jumaat di dua buah masjid di bandar Christchurch New Zealand yang mengakibatkan sejumlah besar terkorban dan cedera parah.

KAMALUGeng Ustaz menyifatkan tembakan itu bukan lagi secara rambang tetapi tembakan itu benar-benar fokus untuk menembak dan dengan niat untuk membunuh umat Islam.

Geng Ustaz juga ingin menegaskan bahawa inilah terorist atau pengganas yang sebenar membunuh masyarakat awam yang sedang beribadah di rumah Allah. Pengganas ini benar-benar tidak menghormati orang awam dan tidak menghormati hidup beragama.

Geng Ustaz mendesak agar pihak berkuasa New Zealand segera bertindak dan mengambil tindakan sekeras-kerasnya kepada pembunuh dan pengganas ini.

Geng Ustaz mengucapkan takziah kepada semua mangsa dan keluarga yang terlibat terutamanya kepada rakyat Malaysia. Kami mendoakan semoga dipermudahkankan segala urusan dan diberi keselamatan serta kesabaran oleh Allah. Kami turut merasa sedih dan dukacita terhadap apa yang berlaku.

"Kedamaian Hanya Dengan Islam"

KAMALULHYSHAM @ FARHAN MOHD SUHUT
Pemangku Presiden Geng Ustaz – HARAKAHDAILY 15/3/2019