17
Wed, Jul
47 Artikel Baru

Muslimat kutuk serangan rambang di Christchurch

Nasional
Typography

KAMI Muslimat PAS mengutuk keras atas kejadian ini di mana masjid telah menjadi sasaran oleh penembak yang tidak berperikemanusiaan dengan bertindak semberono melepaskan tembakan di dalam masjid.

Serangan tembakan rambang kini dikejutkan oleh dunia! Insiden ini berlaku ketika solat Jumaat di dua lokasi iaitu Masjid Al Noor di Deans Ave, dan Masjid Linwood di Linwood Ave.

Sumber daripada Astro Awani melaporkan terdapat dua rakyat Malaysia, seorang bapa dan anak menjadi mangsa serangan. Jumlah yang terlibat dalam tragedi ini masih dalam siasatan.

Disarankan kepada pihak berkenaan di New Zealand dapat mengambil tindakan dengan segera dan mengenakan hukuman mandatori yang setimpal atas kejadian gelap ini.

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern telah memberikan kenyataan agar masyarakat tempatan mengambil langkah berjaga-jaga dan lebih berhati-hati serta kekal di rumah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Justeru, Muslimat PAS menzahirkan rasa sedih dan takziah buat mangsa dan keluarga yang ditimpa musibah. Semoga Allah menerima mereka yang terlibat sebagai syuhada. Marilah berdoa agar Allah memberikan perlindungan dan mempermudahkan urusan rakyat Malaysia khususnya di New Zealand dan masyarakat setempat.

"Islam Memimpin"

"Muslimat Istiqamah Memacu Kemenangan"

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
15 Mac 2019 bersamaan 8 Rejab 1440 - HARAKAHDAILY 15/3/2019