24
Sat, Aug
17 Artikel Baru

Siku dan lutut politik (1)

Nasional
Typography

●    YB JELUTONG masih meneruskan cerita fitnah kepada PAS. Dia mungkin nak try jawatan Menteri. Sebab kalau diam nanti orang tanya pula, apa fungsi dia dalam Parlimen. Watak orang BBC gini mesti ada dalam semua parti memerintah di Parlimen. Kalau dulu Kinabatangan. Cuma janganlah terlalu galak sampai dah jadi macam badut. Badut pun malu nak buat lawak bodoh, sebab itu badut pakai topeng, solekan tebal masa buat lawak bodoh sebab dia tahu malu.

Sokongan Timbalan Presiden MIC Datuk M. Saravanan kepada pemerintahan PAS jelas membuktikan kepada semua golongan bahawa slogan PAS 'Islam Memimpin' sangat tepat. Jelutong patut rasa malu. Itu pun kalau dia masih ada maruah. Sokongan Saravanan ini sebenarnya, bukan penjelasan kerana ia sudah jelas. Seperti memberitahu garam itu masin. Ianya dimaklumi oleh semua orang. Hanya yang perlu di sini ialah di manakah asalnya garam itu. Maka jawabnya asal pemerintahan yang baik oleh kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu tentunya daripada contoh Rasulullah S.A.W. Walaupun tidak dapat memenuhi semua ciri-cirinya, ia paling menghampiri.

●     Apabila Khalid Samad mengadu kepada akhbar bahawa kerjasama PAS dan Umno telah membuatkan bukan Islam rasa terancam, kita memahami kedudukan dia yang tersepit sebagai seorang Melayu Islam yang berada di persimpangan dilema. Pasukan dia disokong oleh majoriti bukan Melayu dan Islam. Dan juga menang atas dasar fitnah. Oleh itu ancaman kepada jatuhnya kuasa mereka, sangat besar. Menjaga kuasa adalah Fiqh Aulawiyyat bagi orang seperti Khalid.

Tetapi dalam masa yang sama, setelah memberitahu rakyat yang PAS Umno cuba bermain isu perkauman dan agama, Khalid langsung tidak menegur kawan-kawan dia seperti MP Jelutong yang saban hari makin galak berkokok isu perkauman dan agama. Jadi, salah bagi sebelah pihak lawan menakut-nakutkan orang, tetapi sebelah pihak dia betul belaka. Rasanya rakyat Malaysia tak perlukan rasis seperti Jelutong, LGE atau Nga dan pendukungnya seperti Khalid.

●     Ada pihak secara bergurau meminta Terengganu meminjamkan sebentar Menteri Besarnya kepada Johor bagi menangani krisis perlepasan gas beracun di Pasir Gudang. Ia difahami kerana MB Terengganu mempunyai ijazah peringkat PhD dan pernah menjadi profesor kajisawat di UPM. Manakala MB Johor pula dimaklumkan mengaku yang dia tak habis belajar. Ada juga yang tak berpuas hati kerana sudah seminggu isu diketahui sebelum ini, tiada tindakan yang dikenakan.

Kami rakyat Terengganu, boleh sahaja meminjamkan MB kami kepada Johor, untuk menangani krisis itu. Tetapi siapa yang akan ganti MB kami? Takkan bertukar MB Johor datang sini kut? Tak adil rasanya kalau mata wang Dinar Bahrain nak ditukar dengan Dollar, Zimbabwe. Tengok sendirilah berapa currency dua negara itu?

●     AMK diberitakan akan menubuhkan skuad bagi menangkis fitnah yang dibuat terhadap bakal calon PRK Rantau, Dr. S. Streram. Skuad itu juga menyediakan talian bagi rakyat menyalurkan maklumat berkaitan fitnah itu. Aduan akan dikumpul dan laporan akan dibuat kepada orang yang memfitnah.

Sangat baik tujuan ini kerana sememangnya Malaysia tidak menginginkan fitnah dalam apa jua bentuk dan keadaan. Tetapi saya ingin cadangkan juga untuk dibuat tapisan terhadap bakal calon, agar dia juga tidak memfitnah kepada pihak lain. AMK nak halang fitnah dari pihak lawan, tapi bakal calon pulun duk tabur fitnah, apa macam bro? Takkan nak kata itu adil?

Hal kedua yang saya suka coretkan ialah, AMK terdiri daripada pelbagai kaum. Tetapi malang bagi AJK AMK yang berketuakan seorang yang beragama Islam, Akmal Nasrullah yang pernah disorak oleh perwakilan ketika diumumkan sebagai pemenang dalam pemilihan dahulu, yang tanpa malu menyebarkan fitnah dalam Parlimen, gagal menubuhkan skuad sebegini ketika Rasulullah S.A.W dihina dengan teruk. Sehingga akhir, kita tidak pasti, apakah tindakan tegas yang diambil oleh AJK AMK yang beragama Islam bagi menyekat kebencian kepada Rasulullah.

Bertambah malang lagi kerana mereka bersungguh pula untuk mempertahankan bukan Islam yang turut diragui kredibiliti setelah beberapa isu yang timbul. Rasulullah yang mulia dilupakan. Inilah sikap yang tidak berguna oleh golongan Sekular yang kononnya memperjuangkan Islam.

MOHD NASIR ABDULLAH
Bursa, Turki
15 Mac 2019 - HARAKAHDAILY 15/3/2019