26
Sun, May
38 Artikel Baru

Pencemaran: Seruan solat hajat

Nasional
Typography

MELIHAT kepada situasi yang kian membimbangkan di Pasir Gudang, Johor akibat pencemaran udara berikutan insiden sungai yang dicemari dengan sisa toksik, Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru semua pihak agar melaksanakan solat hajat pada malam ini atau selepas solat Jumaat esok bagi memohon keselamatan ke atas mangsa di kawasan yang terlibat.

Bilangan mangsa ekoran pencemaran tersebut semakin meningkat dan semua sekolah telah diarahkan tutup.

Dewan Ulamak PAS Pusat merakamkan penghargaan di atas usaha segera beberapa pihak dan berharap terus memberikan perhatian serius dalam menangani isu ini.

Dalam menyelesaikan hal ini, keprihatinan dan kerjasama semua pihak amat diperlukan demi menjaga maslahat umum dan kepentingan nyawa mangsa yang terlibat.

Semoga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran kepada ahli keluarga yang terlibat dalam insiden ini.

Telah bersabda Rasulullah SAW:

«عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ ، إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ ، وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ ، فَكَانَ خَيْرًا لَهُ ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ ، فَكَانَ خَيْرًا لَهُ»

Maksudnya: “Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperoleh keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya”. [riwayat Muslim]

“Islam Memimpin”
“Islam Jalan Penyelesaian”

USTAZ DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
7 Rejab 1440 / 14 Mac 2019 - HARAKAHDAILY 14/3/2019