15
Tue, Oct
16 Artikel Baru

Mangsa ribut Kg Temin disantuni Adun Damak

Berita
Typography

JERANTUT: Adun Damak, Ustaz Zuridan Mohd Daud telah turun padang mengadakan kunjungan ziarah ke kediaman penduduk yang rosak akibat ribut di Kampung Temin, di sini kelmarin.

Banyak rumah yang mengalami kerosakan struktur terutama pada bahagian bumbung atau dihempap pokok tumbang dalam kejadian disertai hujan lebat pada lewat petang Sabtu lalu itu.

Sehubungan itu, gotong-royong membersihkan kawasan dan menangani kesan kejadian telah dilaksanakan Sekretariat Adun Demak dan Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Temin.

Turut serta pada inisiatif kelmarin itu adalah pasukan Bomba dan Penyelamat Jerantut yang juga telah disantuni Ustaz Zuridan dengan sedikit sumbangan atas komitmen padu agensi itu.

Ustaz Zuridan turut memuji semangat gotong-royong membantu saudara sekampung yang diuji dan bantuan untuk membaiki rumah sedang dipohon serta diurus daripada penyumbang-penyumbang berkaitan. -HARAKAHDAILY 20/8/2019