18
Wed, Sep
34 Artikel Baru

Dr. Zakir berceramah atas dasar kasih sayang

Berita
Typography

KUALA TERENGGANU: Pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik bukan memecahbelahkan perpaduan tetapi untuk menerangkan kebenaran tentang Islam atas dasar kasih sayang sesama manusia.

Ketua Muslimat PAS Negeri Terengganu, To' Puan Zarani Othman berkata Islam adalah agama perpaduan, tugas setiap pendakwah menyampaikan dan terpulang kepada setiap individu untuk menerima atau tidak.

"Inilah tugas para pendakwah, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ‘Sampaikanlah dari aku satu ayat sekalipun’," tegasnya.

 Tambahnya lagi, tuduhan beliau sebagai melampaui batas apabila menyentuh mengenai kaum Cina dan India di dalam ceramahnya, adalah sangat tidak berasas dan kerajaan tidak seharusnya mendengar hanya di sebelah pihak.
 
"Islam adalah agama perpaduan tugas setiap pendakwah menyampaikan dan terpulang kepada setiap individu untuk menerima atau tidak.

"Sebab dalam Islam, tiada paksaan dalam agama. Itulah sebabnya kita lihat di Malaysia, kita hidup dalam aman harmoni.

"Tidak seperti di India, Myanmar dan termasuklah di negara jiran kita yang mengamalkan ‘sosial engineering’ di mana rakyatnya didiskriminasi dan berlaku keganasan apabila tidak ada rasa hormat-menghormati sesama bangsa yang berlainan agama,” ujarnya.

Beliau memetik sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Mukmin itu bersaudara sesama mereka, tidak seharusnya mereka menzalimi mereka atau menyerah mereka kepada kezaliman”. – HARAKAHDAILY 20/8/2019