18
Wed, Sep
30 Artikel Baru

Dr Zakir Naik bukan ancaman

Berita
Typography

PEMIMPIN Malaysia khususnya pemimpin Islam sewajarnya menerima baik kehadiran Dr Zakir Naik (DZN) kerana ilmu dan kehebatannya berhujah berlandaskan fakta dan dalil.

Tuan Guru Presiden PAS telah menegur sebahagian pemimpin kerajaan dalam tulisan beliau, "Minda Presiden PAS" yang menegaskan bahawa Dr Zakir Naik berhujah dengan ilmu perbandingan agama. Di samping mengingatkan orang Islam yang sebenarnya tidak mendalami agama sendiri tetapi bertindak berlebih-lebihan menanam kebencian terhadap DZN.

Dewan Muslimat PAS Malaysia menyokong kenyataan Presiden PAS agar semua pihak tidak bertindak di luar batasan dan menganggap keberadaan Dr Zakir Naik sebagai pencetus kepada suasana tidak harmoni.

Kerajaan yang ada pada hari ini sewajarnya menumpukan masa dan tenaga untuk memperbaiki kelemahan kepimpinan dan pentadbiran negara.

Kami juga menggesa agar pemimpin kerajaan menarik-balik kenyataan-kenyataan berbaur sentimen negatif yang dilemparkan kepada DZN.

Selagimana tidak ada seorang pun yang pernah mati di tangan DZN, bererti beliau bukan satu ancaman besar yang mesti ditakuti oleh rakyat Malaysia terutama yang bukan Islam. Sesungguhnya Islam datang membawa rahmat dan kesejahteraan kepada seluruh alam.

"Islam Memimpin Perpaduan"
"Islam Memimpin, Wanita Sejahtera"

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia / Wilayah Persekutuan
Ahli Dewan Negara
19 Zulhijjah 1440H | 20 Ogos 2019 - HARAKAHDAILY 20/8/2019