15
Tue, Oct
16 Artikel Baru

Jangan usir pendakwah umpama penduduk Thaif

Berita
Typography
SAYA menyeru umat Islam khususnya janganlah kita menjadi seumpama perlakuan penduduk Kota Thaif yang mengusir Rasulullah S.A.W yang berkunjung ke Kota Thaif untuk mendakwahkan Islam.
 
Hasutan kebencian yang disebar dikalangan penduduk Kota Thaif oleh pemimpin pemimpin mereka sehingga Rasulullah S.A.W dilontar batu dan berdarah luka.
 
Hampir hampir saja malaikat penjaga gunung sekitar Kota Thaif menelangkupkan gunung gunung  agar menimpa Kota Thaif oleh perbuatan penduduk Kota Thaif ini jika tidak kerana Rasulullah S.A.W menolak permintaan Malaikat berkenaan oleh sifat sabar Rasulullah S.A.W yang agung.
 
Kita baru menyambut Hari Raya Korban di mana jemaah haji kita diterangkan kisah ini malah ada yang mengambil kesempatan berkunjung ke Thaif untuk menghayati kisah bersejarah ini.
 
Jadilah kita ummah yang mempertahankan pendakwah yang melaksanakan tugas kenabian menyebarkan Islam.
 
Jangan kita menjadi menjadi umat Islam yang hina kerana termakan hasutan kafir harbi yang memusuhi Islam sehingga kita terlibat mengusir mereka yang berkorban menjalankan tugas dakwah ini.
 
Jangan sampai Allah S.W.T turunkan bala ke atas negara kita .
 
HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parliment Kuala Terengganu 
20 Ogos 2019 - HARAKAHDAILY 20/8/2019