19
Thu, Sep
52 Artikel Baru

Permukiman Pemuda Sabah perkemas jentera

Berita
Typography

PAPAR:  Pemuda PAS Negeri Sabah telah melaksanakan pemukiman dalam rangka memperkemaskan jentera Pemuda di peringkat Negeri dan Kawasan yang diadakan di Masindung Resort, di sini pada 17 Ogos dan berakhir kelmarin.

Program ini telah dihadiri oleh peserta yang terdiri daripada Exco Pemuda PAS Sabah serta Ketua dan Setiausaha Pemuda PAS Kawasan-kawasan dari seluruh negeri ini.

Berucap merasmikan majlis penutupan, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid mengingatkan kepada Pemuda PAS agar sentiasa bersiap sedia menggalas amanah yang diberikan oleh parti dan masyarakat.

"Dalam bergerak kerja pula, pemuda PAS perlu berani untuk turun ke lapangan bagi bertemu dengan masyarakat selain perlu bijak dalam membuat keputusan," tegas Sahar.

Terdahulu, Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah, Zulzaim Helmee Abidin dalam ucapannya menekankan agar setiap program yang dilaksanakan di negeri dan kawasan perlu berpaksikan dengan penambahan ahli baru.

"Ketika PRK di Parlimen Batang Sadong, Sarawak suatu masa dahulu, dalam masa kempen cuma 40 hari kita boleh menubuhkan 40 Cawangan dengan pertambahan ahli baru," ulasnya.

Selain itu, majlis penyerahan watikah pelantikan Exco Pemuda PAS Sabah turut diselitkan dalam pemukiman tersebut yang telah disempurnakan oleh Sahar dan diiringi oleh Zulzaim. - HARAKAHDAILY 20/8/2019

IMG 20190820 WA0012