21
Sat, Sep
42 Artikel Baru

Banjir Subang Jaya: Tuntut penyelesaian kerajaan

Berita
Typography

BANJIR kilat yang melanda di Subang Jaya ekoran hujan lebat yang berterusan selama sejam mengakibatkan jalan utama ditenggelami air dan beberapa buah kenderaan yang hanyut.

Insiden ini dilaporkan telah berulang beberapa kali tanpa ada seberang penyelesaian yang tuntas dari pihak Kerajaan Negeri Selangor sehingga kini.

Terbaru apabila laluan utama di Persiaran Kewajipan, di Subang Jaya ditenggelami air apabila hujan lebat sejak jam 3.00 petang dinaiki air pada paras tiga hingga 3.5 meter.

Sepatutnya isu di banjir yang telah berulang kali ini diberikan perhatian serius oleh pihak kerajaan negeri serta beberapa agensi terbabit seperti pihak berkuasa tempatan.

Ini kerana saiz dan ukuran sistem perparitan yang sedia ada tidak lagi dapat menampung tadahan air hujan yang banyak jika berlaku lagi pada waktu akan datang. Sehubungan itu, perlunya ada satu tindakan segera lagi efisien bagi mengatasi masalah ini agar kebajikan rakyat terus dijamin.

Sebab itu, Pemuda PAS Selangor menekankan aspek keseriusan Kerajaan Negeri Selangor dalam menjaga hal kebajikan rakyat tempatan seumpama ini.

Sehubungan itu, Pemuda PAS Selangor melihat pergolakan dalaman Kerajaan PH mengakibatkan fokus kebajikan rakyat yang terganggu dan terabai. Kita nasihati semua pimpinan politik dalam Kerajaan Negeri Selangor agar berhenti dari terpalit dengan polemik dalaman sehingga mandat yang diberikan oleh rakyat tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

"Demi Islam"
"Bangkit: Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah"

USTAZ HANAFI ZULKAPLI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor
17 ZulHijjah 1440H / 18 Ogos 2019 - HARAKAHDAILY 18/8/2019