18
Fri, Oct
24 Artikel Baru

PAS Pensiangan terima mohon ahli sempena raya

Berita
Typography

PENSIANGAN: PAS Kawasan Pensiangan telah menganjurkan program korban dalam menyemarakkan penghayatan Aidil Adha yang diraikan bersama masyarakat penduduk di Kampung Sinar Harapan, di sini semalam.

Program di Hari Raya Ketiga Aidil Adha ini juga merupakan antara langkah PAS Pensingan untuk melebarkan sayapnya di kawasan baru yang mana kampung ini berada dalam Dun Sook.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Abdul Hisham Othman setelah selesai kerja-kerja sembelihan dan melapah, bertindak mengetuai pembahagian dan pemberian daging korban kepada penduduk.

"Tahun ini merupakan tahun yang bermakna PAS Pensiangan untuk pertama kalinya program ini diadakan. Penerimaan masyarakat di sini sangat menggalakkan. Ini langkah permulaan di sini untuk memperkenalkan matlamat PAS iaitu "Islam Memimpin Perpaduan"," ujar beliau.

Sebanyak 70 kilogram daging korban untuk 50 penerima telah dikenalpasti dan pada majlis sama Abdul Hisham turut menerima 51 borang permohonan keahlian PAS penduduk Kampung Sinar Harapan.

Menurut Yang Dipertua PAS Pensiangan, Riduan Giging keahlian yang baru diterima hari ini memberikan semangat untuk pihaknya meneruskan usaha dan gerak kerja dakwah dan siasah di sini.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Bendahari PAS Negeri Sabah, Abd Muein Mohammad Noor dan Setiausaha Muslimat PAS Pensiangan, Julitah Angusi serta pimpinan-pimpinan PAS Keningau. -HARAKAHDAILY 14/8/2019

IMG 20190814 WA0005

IMG 20190814 WA0003