21
Wed, Aug
32 Artikel Baru

Korban PAS Johor sembelih 25 lembu, 7 kambing

Berita
Typography

PASIR GUDANG: PAS Negeri Johor telah menganjurkan program Korban Perdana bersama PAS Kawasan Pasir Gudang dan PAS Cawangan Bandar Seri Alam di Jalan Tasek Bandar Seri Alam, Masai, di sini kelmarin.

Majlis seusai solat sunat Aidil Adha ini bertujuan mengembangkan syiar Islam selaras tuntutan agama dengan mensasarkan penghayatan dan manfaatnya kepada golongan asnaf untuk disantuni hal ehwal mereka.

Hadir pada program ini ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mazri Yahya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat memulakan sembelihan pertama untuk 25 ekor lembu dan tujuh kambing itu.

Malah kelihatan sama menjayakan majlis adalah golongan muda termasuk Jabatan Amal, Muslimat PAS Kawasan dan Cawangan, Briged Muslimat, termasuk RELA dan orang awam dalam kerja-kerja melapah.

Menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Ab Aziz Abdullah selaku pengarah program, pihaknya mensasarkan hingga 30 ekor lembu pada tahun hadapan dengan cara menggalakkan peserta menabung awal.

Selain agihan daging korban kepada para peserta, penganjuran meriah itu juga menyantuni penduduk terutama warga asnaf sekitar dengan pemberian sumbangan beras. - HARAKAHDAILY 13/8/2019

IMG 20190813 WA0063

IMG 20190813 WA0062

IMG 20190813 WA0060

IMG 20190813 WA0059

IMG 20190813 WA0057