21
Wed, Aug
32 Artikel Baru

Dr Rosni ketuai korban dan ziarah LKKPP ke Utara

Berita
Typography

KEPALA BATAS: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat telah melaksanakan rutin tahunan penganjuran Korban Perdana di mana tahun ini memilih satu-satunya Dun dimenangi PAS di Pulau Pinang, iaitu Dun Penaga.

Malah, seperti tahun-tahun sebelumnya, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah antara peserta korban di bawah penganjuran lajnah yang dipengerusikan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Rosni Adam ini.

Majlis penuh meriah bersama kehadiran masyarakat setempat ini telah mengorbankan lima ekor lembu dan ianya dilangsungkan di pekarangan Pusat Khidmat Adun Penaga, Permatang Tok Labu, di sini kelmarin.

Adun Penaga, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah sendiri menyembelih lembu dengan tenaga dari Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan Kepala Batas turut bersama penduduk dalam kerja-kerja melapah dan agihan daging korban.

Dr Rosni juga pada kehadirannya ke majlis tersebut telah menyantuni mangsa ribut dalam kalangan penduduk, selain terus menyemai ibrah dan nilai pengorbanan disebalik unjuran ibadah korban yang diwarisi dari Nabi Ibrahim A.S.

Rombongan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat turut menziarahi dan menyerahkan sumbangan kepada anak PengarangHarakahdaily, Izwan Abdul Halim yang ditahan wad di Sungai Petani, seminggu sebelum Aidil Adha.

Setelah itu delegasi menziarahi pula ibu mertua kepada Setiausaha Muslimat PAS Malaysia, Dr Hani Ali yang kehilangan rumah kediamannya dalam kebakaran di Kampung Permatang Pasir, Balik Pulau hujung bulan lalu.

Pihak Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan melalui Dr Rosni telah menyerahkan sumbangan daripada orang ramai kepada mangsa dan berharap urusan pembinaan rumah baharu dipermudahkan Allah S.W.T. -HARAKAHDAILY 13/8/2019

IMG 20190813 WA0006

IMG 20190813 WA0011