21
Wed, Aug
32 Artikel Baru

Sumbangan korban PAS Keningau di Kg Sinar Jaya

Berita
Typography

KENINGAU: PAS Kawasan Keningau telah menganjurkan program korban dalam menyemarakkan penghayatan Aidil Adha yang diraikan bersama masyarakat penduduk, di sini kelmarin.

Program seusai solat sunat Aidil Adha itu juga merupakan langkah PAS Keningau dalam langkahnya mengukuhkan lagi hubungan yang sedia erat bersama warga penduduk Kampung Sinar Jaya.

Yang DiPertua PAS Keningau, Abdul Hisham Othman setelah selesai kerja-kerja sembelihan dan melapah, bertindak mengetuai pembahagian dan pemberian daging korban kepada para penduduk.

"Setiap tahun pemilihan kampung berbeza-beza (oleh PAS Keningau). Pemilihan kampung ini pada kali ini sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka. Ini bertepatan dengan matlamat PAS iaitu "Islam Memimpin Perpaduan"," ujar beliau.

Hadir sama pada adalah Bendahari PAS Negeri Sabah, Abd Muein Mohammad Noor di mana seluruh Ahli Jawatankuasa PAS Keningau telah memberi komitmen padu pada program tahun ini. - HARAKAHDAILY 13/8/2019