21
Wed, Aug
32 Artikel Baru

Ijtimak Korban KODIM meriah sembelih 14 lembu

Berita
Typography

BESUT: Kompleks Pendidikan Dakwah Islamiah Malaysia (KODIM) yang kini mempunyai 86 pelajar telah melaksanakan Ijtimak Korban dengan meriah di pekarangan institut tersebut di Jerteh, di sini hari ini.

Sebanyak 14 ekor lembu telah disembelih bagi menjayakan ibadah korban ini serta diagih-agihkan dagingnya oleh peserta dan Ahli Jawatankuasa KODIM kepada penduduk masyarakat setempat.

Pengasas dan Pengerusi KODIM, Ustaz Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh sendiri melakukan sembelihan dan bersama-sama para petugas  lain sejak awal pagi bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat itu menyatakan, ibadah korban ini adalah suatu syariat Allah S.W.T yang mengajar umat Islam sentiasa berkorban untuk agamanya dan berjuang menegakkan syariat Islam.

Malah katanya lagi, ibadah korban di seluruh dunia dilaksanakan serentak dengan ibadat Haji di Makkah sebagai suatu syiar Islam yang memberi mesej penting berkenaan kesatuan dan perpaduan ummah.

Tutut serta melaksanakan korban adalah Mudir Kompleks Tahfiz Al-Qur'an Al-Qaradhawi (KOMTAQ) Kerdau, Pahang, Ustaz Kamal Ashaari yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Krau.

Beliau berkata, tujuan ibadah korban adalah bagi membuktikan ketakwaan kepada Allah S.W.T sebagaimana dinyatakan dalam ayat 37 surah Al-Hajj dan sebagai rasa syukur berkongsi rezeki diberikan sesama Muslim.

Orang ramai yang berhasrat untuk beramal jariah sangat dialu-alukan dalam membantu dana KODIM melalui akaun Bank Islam 1303501004424 atau Maybank 563046101804 atas nama Kompleks Pendidikan Islam Besut. - HARAKAHDAILY 12/8/2019

IMG 20190812 WA0065

IMG 20190812 WA0063

IMG 20190812 WA0062