19
Mon, Aug
21 Artikel Baru

'Assabiqun Walk' larian sihat 5,000 langkah

Berita
Typography
TAIPING: Kira-kira 200 peserta daripada pelbagai lapisan umur telah menyertai Larian 5,000 Langkah 'Assabiqun Walk' di Taman Tasik Kamunting, di sini kelmarin. 
 
Program dianjurkan oleh Assabiqun PAS Kawasan Taiping ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan termasuk penyertaan dalam kalangan ahli Umno Taiping.
 
Larian bermula jam 7.45 pagi sejauh 3 kilometer telah dilepaskan oleh Naib Yang DiPertua PAS Taiping, Ibrahim Ismail dan Naib Ketua Umno Bahagian Taiping, Mohd Effendy Dato' Zailani. 
 
Pelbagai gerai jualan juga dibuka untuk para peserta membeli sambil menyumbang di mana hasil jualan dimasukkan ke Tabung Dana Pembinaan Pusat Tarbiah Islam Kamunting (PuTIK) yang dikendali PAS Taiping. 
 
Program turut diserikan dengan acara cabutan bertuah dan tazkirah pimpinan yang disampaikan oleh Yang DiPertua PAS Taiping, Ustaz Saidin Hasnam. 
 
"Selain dapat menyihatkan badan, program ini dapat menjalinkan kemesraan sesama ahli-ahli PAS dan Umno seiring dengan pembawaan penyatuan ummah. Saya juga berharap agar kesatuan ini terus kukuh demi memartabatkan Islam di muka bumi khususnya di Taiping," kata Ustaz Saidin dalam tazkirahnya. - HARAKAHDAILY 1/8/2019
IMG 20190731 WA0117
 
IMG 20190731 WA0116
 
IMG 20190731 WA0111