19
Mon, Aug
21 Artikel Baru

Muslimat Temerloh santuni penduduk bukan Islam

Berita
Typography
TEMERLOH: Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Kawasan Temerloh telah mengadakan program ziarah di Taman Mentakab Indah dan Sungai Netas, di sini kelmarin.
 
Kunjungan tersebut bertujuan menyantuni penduduk dalam kalangan bukan Islam khususnya mereka yang uzur atau Orang Kelainan Upaya, selain miskin dan warga emas dalam Dun Lanchang.
 
Selain itu, program berkala ini juga diadakan bagi menyampaikan sumbangan, serta memupuk perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia selain jalinan lebih erat bersama PAS.
 
Rombongan itu telah dipimpin sendiri Ketua Muslimat PAS Temerloh, Ustazah Alawiyah Kasdan dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Siti Zakiah Derani.
 
Turut serta dalam delegasi tersebut adalah Naib Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Salamiah Mohd Nor yang juga merupakan Ketua Muslimat PAS Negeri Pahang.
 
Muslimat PAS Temerloh merancang melaksanakan lagi pelbagai inisiatif susulan dalam menjejaki dan membantu masyarakat bukan Islam yang memerlukan.
 
Sementara itu, Ustazah Salamiah berharap agar usaha berterusan dilaksanakan untuk membantu lebih ramai penduduk bukan Islam seperti itu sekurang-kurangnya menerusi aktiviti ziarah. - HARAKAHDAILY 31/7/2019