19
Mon, Aug
21 Artikel Baru

Kerjasama pusat-negeri bangun luar bandar

Berita
Typography

KOTA BHARU: Penyelarasan gerak kerja antara kerajaan Pusat dan negeri berkaitan pembangunan luar bandar diperlukan bagi memastikan keberkesanannya.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, perlu wujud persefahaman terutamanya berkaitan aspek pemikiran antara kedua-dua kerajaan.

“Pembangunan jika diurus kerajaan Pusat sahaja tidak berkesan, begitu juga sebaliknya kalau negeri sahaja yang melaksanakannya.

“Kena ada penyelarasan bersama untuk mendapatkan kesan yang lebih baik kepada rakyat,” katanya selepas menerima kunjungan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Sivarasa Rasiah di Pejabatnya hari ini.

Beliau juga berkata, kerajaan Kelantan sentiasa memberi kerjasama kepada semua pihak khususnya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (Jakoa) dalam melaksanakan program kebajikan terhadap penduduk Orang Asli.

Katanya juga pada pertemuan dengan Timbalan Menteri terbabit banyak isu yang dibincangkan. - HARAKAHDAILY 15/7/2019