18
Sun, Aug
11 Artikel Baru

ARC sedia 'pit stop' untuk geng bikers di Route A101

Berita
Typography
BERUAS: Pengarah Jabatan Kesenian, Budaya dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Hafez Sabri telah melancarkan 'Pit Stop Route A101' Alternative Riding Club (ARC) Perak di Permatang Raja, Pantai Remis, di sini semalam.
 
'Pit Stop Route A101' ini bertujuan untuk menjadi tempat persinggahan penunggang-penunggang motosikal yang terdiri daripada kelab atau individu seluruh Malaysia yang melalui jalan tersebut.
 
Tempat persinggahan ala hentian 'Rehat dan Rawat' diusahakan ARC Perak ini mempunyai tarikan tersendiri di mana pengunjung juga boleh menikmati perkhidmatan makanan dan minuman.
 
Selain itu, para penunggang dan pembonceng serta konvoi boleh mengetahui latar belakang Permatang Raja yang mempunyai banyak tinggalan sejarah berkaitan Raja-raja dan Tanah Melayu.
 
Ustaz Hafez dalam ucapannya menyeru agar bidang permotoran terus menjadi medan membina ukhuwah dan menggiatkan kegiatan untuk memenuhi fitrah manusia selaras tuntutan syarak.
 
Hadir sama adalah Pengarah ARC Perak, Ustaz Khusaini Samsuri dan kelab seperti Anson Bikers, Omeh Bikers, Tapah Bikers Group, Nyamuk Bikers, RS150 Perak Tengah, RFS Silver State Crew, R25 Perak, Rs150R Kamparia, Y15ZR Silverstate dan RS3 Adventurer. - HARAKAHDAILY 15/7/2019IMG 20190715 WA0031