18
Sun, Aug
12 Artikel Baru

PAS Tasek Gelugor santuni keluarga mangsa kebakaran

Berita
Typography
TASEK GELUGOR: PAS Kawasan Tasek Gelugor telah mengunjungi sebuah keluarga yang kediaman mereka ditimpa musibah kebakaran  di Simpang Tiga, di sini awal pagi semalam.
 
Rombongan tersebut telah diketuai Yang DiPertua PAS Tasek Gelugor, Mohd Sobri Salleh dan menemui tuan rumah mangsa kebakaran itu, Mohammad Razali.
 
Dalam kebakaran yang bermula di bahagian dapur rumah tersebut dan dipercayai disebabkan oleh litar pintas itu telah menyebabkan hampir keseluruhan bahagian rumah musnah.
 
Walaubagaimanapun, Mohammad sekeluarga amat bersyukur kerana kebakaran tersebut tidak menyebabkan kehilangan nyawa ahli keluarga beliau.
 
PAS Kawasan Tasek Gelugor juga telah menyampaikan sumbangan wang Ringgit dan beberapa barangan keperluan kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban yang ditanggung mereka.
 
Pada ziarah itu juga, Mohd Sobri turut memberikan kata-kata semangat kepada keluarga tersebut agar terus bersabar di dalam menghadapi ujian Allah S.W.T. - HARAKAHDAILY 15/7/2019