20
Tue, Aug
30 Artikel Baru

CEO Perbadanan wajar disandang anak Labuan

Berita
Typography
PELANTIKAN CEO Perbadanan Labuan (PL) yang dibuat baru-baru ini adalah tidak kena dengan status Labuan yang sudah 35 tahun berada di bawah pentadbiran Kementerian Wilayah Persekutuan. 
 
PAS Labuan berpandangan bahawa sudah sampai masa jawatan tersebut diisi oleh anak tempatan. 
 
Sebegitu lamanya Labuan di bawah Wilayah Persekutuan, namun sehingga kini jawatan tersebut masih diberikan dan didatangkan daripada Semenanjung. 
 
PAS Labuan melihat fenomena ini sebagai satu kelemahan perancangan dipihak PL dan Kementerian Wilayah Persekutuan. Bayangkan 35 tahun bukan 3.5 tahun? Satu tempoh yang terlalu lama terabai begitu sahaja. 
 
PAS Labuan berpandangan bahawa pihak PL dan Kementerian WP sepatutnya mengujudkan 'Succession Plan' sejak dulu lagi dengan mengambil langkah langkah seperti berikut : 
 
1. Screening : Indentification of potential candidates
 
2. Introduce : Grooming or Seeding programme for selected candidates
 
3. ExecutionAccelerate Capability Developement Programme to the selected candidates
 
PAS Labuan berpandangan program tersebut dapat merealisasikan impian Rakyat untuk melihat dan merasai kemajuan dan kemakmuran Labuan diurus tadbir oleh anak tempatan  
 
PAS Labuan tahu dan maklum untuk  menyandang jawatan CEO PL Labuan, calon tersebut mesti memiliki Jusa A dan PTD.
 
Namun jika tidak ada galakan usaha yang serius daripada pihak PL dan Kementerian WP ke arah itu, sampai bila pun anak-anak tempatan Labuan tidak akan berpeluang menjawat jawatan tersebut. 
 
35 tahun adalah satu tempoh yang sepatutnya pihak Kementerian WP sedar, memahami dan melaksanakan secara sistematik dan serius penyerahan kuasa kepada anak tempatan bagi memberi ruang dan peluang mentadbir urus Pulau Bebas Cukai ini.
 
PAS Labuan melihat proses transasi Kuasa ini sebagai satu 'Job Opportunity'  and  'Position  Creation' kepada anak tempatan yang selama ini hanya sampai ke status Timbalan sahaja.
 
Disamping itu ianya dapat meningkatkan prestasi dan keberkesanan pengurusan PL kerana 'sense of belonging' itu sangat tinggi dalam diri anak tempatan. 
 
Bila melihat pencapaian CEO-CEO yang lalu, tidak juga semuanya 'performed', adalah dibimbangi jawatan tersebut dijadikan sebagai batu loncatan ke pangkat yang lebih tinggi lagi selepas bertukar semula ke Ibu Negara. 
 
Pertukaran CEO pula menyebabkan bertukarnya 'management style' menjadikan kesinambungan dan 'progress' kemajuan dan perancangan pembangunan terbantut kerana masing-masing ingin meninggalkan legasi dan akhirnya rakyat Labuan tidak mendapat impak yang maksima. 
 
Sehubungan dengan itu PAS Labuan juga tidak nampak usaha serius dan sistematik daripada pemimpin PH di Labuan berkenaan 'creating and demanding job oppotunities'.
 
Mereka tidak meletakkan kuota (swasta dan jabatan kerajaan) sepertimana seriusnya Sabah dan Sarawak memperjuangkan hak dan kepentingan anak anak negeri mereka. 
 
PAS Labuan melihat situasi ini adalah salah satu kelembapan dan kegagalan di pihak PL dan Kementerian WP dalam bertindak bagi melaksanakan proses transasi kepada anak tempatan.
 
Setakat ini PAS Labuan juga tidak nampak 'Way Foward' atau 'Road Map' yang jelas dari pemimpin Labuan tentang bagaimana ruang dan peluang serta ke arah mana hak anak tempatan Labuan ini diperjuangkan dengan serius dan efektif. 
 
HAJI HAMIR HAJI ZAHARI
Yang DiPertua 
PAS Kawasan Labuan - HARAKAHDAILY 15/7/2019