25
Sun, Aug
20 Artikel Baru

Rogol: Berehatlah, beri ruang siasatan secara telus

Berita
Typography
DEWAN Pemuda PAS Negeri Perak menggesa Exco Kerajaan Negeri Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh supaya berehat dan akur dengan nasihat Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Azumi agar siasatan dapat dijalankan dengan telus dan adil.
 
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak juga menggesa DAP Perak mengambil tindakan yang sama iaitu jawatan ADUN Tronoh dalam parti digantung atas dasar menyokong integriti dan kredibiliti seseorang yang dilaung-laungkan DAP sebelum ini.
 
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak juga menyokong titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang memutuskan untuk menunda tarikh lantikan Exco Kerajaan Negeri Perak.
 
Penundaan tarikh lantikan Exco ini difahamkan kerana terdapat satu laporan polis yang telah dibuat oleh seorang wanita warganegara Indonesia terhadap salah seorang Exco Kerajaan Negeri Perak atas dakwaan merogol.
 
Pemuda PAS Perak melihat keputusan ini membuktikan bahawa integriti dan kredibiliti Kerajaan adalah menjadi keutamaan Baginda Sultan. 
 
Keputusan penundaan ini juga adalah untuk memberi ruang seluas-luasnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes ini dengan seadil-adilnya tanpa ada campur tangan daripada pihak berkepentingan. 
 
"Wa’tasimu"
"Demi Islam”
"Islam Memimpin Perpaduan”
 
AHMAD FAISAL MOHD PUAIT
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak - HARAKAHDAILY 15/7/2019