20
Tue, Aug
30 Artikel Baru

SRITI Al-Istiqamah wakil jualan HiREG

Berita
Typography
TAMBUN: SRITI Al-Istiqamah telah menjadi wakil sah bagi jualan permainan islamik yang dinamakan HiREG iaitu singkatan kepada Hijrah Rasulullah Education Board Game.
 
Permainan seumpama permainan Saidina itu, namun ditampilkan secara Islamik dan asas Matematik telah dicipta inovasinya oleh sekumpulan tenaga pengajar Politeknik Merlimau, Melaka. 
 
Difahamkan penciptaannya yang menarik dan interaktif itu diterjemahkan daripada kitab Fiqh  Al-Hijrah karangan Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
 
HiREG telah memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan di peringkat kebangsaan, termasuk dinobatkan sebagai penerima Anugerah Emas dan Anugerah Khas pada Invention, Innovation Competition and Exbition (ICTEX) Terengganu 2019.
 
Pengerusi SRITI Al-Istiqamah, Ustaz Mohd Fariq Izwan Md Bahrin mempelawa orang ramai untuk mendapatkannya secara terus di premis SRITI Al-Istiqamah, Meru Raya, juga sebagai membantu jualan amal.
 
HiREG sedang berada di pasaran ini dijual dengan harga RM60 dapat dimanfaatkan masa bersama melalui pengisian ilmu berkaitan Hijrah Rasulullah disamping mengukuhkan silaturahim.
 
Beliau turut mengalu-alukan sumbangan bagi Dana Pembangunan yang boleh disalurkan menerusi akaun Bank Rakyat 110441005292 atas nama SRITI Al-Istiqamah Resources. - HARAKAHDAILY 14/7/2019