18
Thu, Jul
47 Artikel Baru

AMAL Kuala Kangsar bantu tangani kesan ribut

Berita
Typography
KUALA  KANGSAR: Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuala Kangsar bertindak pantas menggerakkan anggotanya menangani kesan ribut  setelah angin kencang dan hujan lebat, di sini petang kelmarin.
 
Komandan Amal Kuala Kangsar, Zainal Abidin Sakor berkata, berikutan cuaca itu, pihaknya menerima laporan kejadian pokok tumbang yang menghalang jalan di beberapa lokasi termasuk kerosakan.
 
Sehubungan itu, anggotanya telah bergegas memotong dan mengalihkan pokok-pokok tumbang yang menghalang laluan antaranya di Padang Changkat, Senawar, Changkat Negara dan lain-lain lagi.
 
Pihak beliau turut mendapati beberapa rumah kediaman, premis awam seperti surau, termasuk juga kenderaan dan wayar-wayar elektrik yang mengalami kerosakan akibat dari kejadian tersebut.
 
Zainal Abidin turut berharap agar penduduk berwaspada terutama keselamatan anak-anak dengan sentiasa memastikan dan memantau pergerakan mereka dengan tidak bermain di luar ketika cuaca begini.
 
Pihak Amal turut merakamkan penghargaan terima kasih dan menyatakan kesediaan bersama dengan agensi lain yang turut bertungkus lumus dalam operasi menangani kesan kejadian tersebut.
 
Antaranya pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan orang awam yang prihatin membantu.
 
Turut serta adalah Yang DiPertua PAS Kuala Kangsar, Drs Khalil Idham Lim dan Ketua Pemuda PAS Kuala Kangsar, Ustaz Omar Adam di mana operasi tersebut telah disambung Amal hingga semalam. - HARAKAHDAILY 10/7/2019
IMG 20190710 WA0060
 
IMG 20190710 WA0057
 
IMG 20190710 WA0056