18
Wed, Sep
20 Artikel Baru

Ganabatirau tak hormat sensitiviti Muslim

Berita
Typography
PEMUDA PAS Selangor mengambil maklum mengenai isu pembinaan tapak kuil di Jalan Ladang, Sabak Bernam yang dirasmikan oleh YB Ganabatirau Veraman (EXCO Kerajaan Negeri Selangor) pada 25 Jun yang lalu. 
 
Difahamkan, pembinaan tapak kuil tersebut menjadi isu masyarakat muslim tempatan khususnya apabila dilihat pada dua aspek utama iaitu: 
 
i.    Tidak mengikut Garis Panduan Perancangan Perumahan (GPPP) Pembinaan yang dibina di hadapan dan sangat hampir dengan rumah penduduk Melayu Islam
ii.    Di jalan Torkinton Sabak Bernam tersebut telah berdiri dua buah kuil dan dalam radius 200 meter dari tapak bina kuil baru tersebut tiada seorang pun penduduk yang menganut agama Hindu.
 
Pemuda PAS Selangor merujuk kepada Garis Panduan Rumah Ibadat di Selangor pada perkara "Tempat Ibadat Agama Lain" yang mana ada disebutkan bahawa: 
 
"Jika tapak tempat ibadat bukan Islam yang hendak dibina terletak di dalam kawasan di mana majoriti masyarakatnya bukan penganut agama itu, maka notis hendaklah disampaikan kepada penduduk yang menetap dalam radius 200 meter di sekitar tapak (atau sekurang-kurangnya 40 buah rumah) untuk mendapatkan pandangan dan kemusykilan sebelum ia dapat diluluskan"
 
Menjadi kemusykilan apabila tapak itu boleh dirasmikan oleh YB Ganabatirau sedangkan masyarakat tempatan membantah malah petisyen online bantahan yang dilancarkan telah mencecah sebanyak 19,914 suara bantahan setakat 5 Julai 2019, jam 12.00 tengahari. 
 
Jelas isu pembinaan tapak kuil ini telah mengundang satu suasana yang tidak harmoni kerana jelas tidak mematuhi garis panduan serta tidak menghormati sensitiviti masyarakat Melayu Muslim di sana. 
 
Sedangkan telah terdapat dua kuil di kawasan yang berdekatan, maka apakah keperluannya lagi untuk dibina tapak baru yang kondisinya sangat hampir dengan kediaman masyarakat Muslim di sana?
 
Pemuda PAS Selangor mendesak agar YB Ganabatirau menghormati sensitiviti masyarakat dengan mengambil kira keharmonian sejagat serta memastikan setiap perasmian yang dilakukan adalah mematuhi garis panduan yang telah sedia ada.
 
Pemuda PAS Selangor juga meminta agar semua pihak yang terlibat agar dapat duduk semeja bagi menangani isu ini dengan cepat menerusi kembali kepada punca sesuatu kuasa perundangan yang sedia ada. Adalah menjadi satu kesalahan mana-mana pihak yang cuba menimbulkan suasana yang tegang ekoran melangkaui undang-undang yang perlu dipatuhi. 
 
"Demi Islam"
"Bangkit: Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah"
 
USTAZ HANAFI ZULKAPLI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
2 ZuKaedah 1440H / 5 Julai 2019 - HARAKAHDAILY 5/7/2019