19
Mon, Aug
21 Artikel Baru

Jabatan Amal jadi sebutan di Dewan Rakyat

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Jabatan Amal Malaysia (JAM) menjadi sebutan dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman (Pindaan) 2019 di Dewan Rakyat.

Ini berikutan khidmat cemerlang JAM ketika Himpunan Bantah ICERD pada 8 Disember 2018 anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) yang membersihkan kawasan himpunan selepas peserta himpunan bersurai.

masdMemetik nama JAM, Ahli Parlimen Pontian, Dato' Seri Ahmad Maslan ketika gilirannya membahas berkata, sikap itu wajar dijadikan contoh dan menyarankan kerajaan memasukkan prosedur operasi standard (SOP) kepada penganjur agar membersihkan kawasan himpunan dalam Akta Himpunan Aman.

"Habis sahaja himpunan ICERD itu seluruh Kuala Lumpur itu bersih. Masa BERSIH buat, kotor tetapi masa ICERD buat, bersih.

"Kerana ada satu kumpulan Unit Amal PAS dan kumpulan-kumpulan tertentu membawa plastik-plastik sampah membersihkan kawasan, itu satu contoh.

"Saya harap ia boleh dijadikan sebagai SOP kepada perhimpunan-perhimpunan awam dan juga protes jalanan ini supaya pembersihan-pembersihan dibuat selepas diadakan protes jalanan," katanya.

Dalam pada itu, Rang Undang-undang Perhimpunan Aman (Pindaan) 2019 yang dibacakan pada kali kedua telah dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tengah hari tadi. – HARAKAHDAILY 4/7/2019