19
Mon, Aug
21 Artikel Baru

Pembangkang Kedah tunggu jawapan bertulis

Berita
Typography

SIK: Pembangkang di Dun Kedah masih menunggu jawapan bertulis dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) lepas seperti dijanjikan kerajaan negeri.

Ketua Pembangkang Dun Kedah, Muhamad Sanusi Mohd Nor berkata, pihak kerajaan negeri sebelum ini memberitahu akan menjawab soalan yang tidak sempat dijawab pada persidangan Dun secara bertulis.

“Hendak menjawab secara bertulis tapi tidak berjawab hingga sekarang,” katanya di sini.

Persidangan Dun Kedah kali kedua tahun ini dijangka diadakan pada 5 hingga 8 Ogos hadapan.

Sanusi yang juga Adun Jeneri berkata, soalan pembangkang yang dianggap penting sering kali berada di belakang pada susunan senarai soalan-soalan dikeluarkan pihak Dun.

"Jangan jadi macam yang lepas-lepas, jawapan yang sering diberi kerajaan hanya di peringkat perancangan dan akan dilaksanakan, tetapi hakikatnya tiada.

“Goreng sana goreng sini untuk melepaskan diri," kata beliau. - HARAKAHDAILY 4/7/2019