20
Thu, Jun
45 Artikel Baru

Mustapha Kamal, isteri semakin pulih

Berita
Typography

KOTA BHARU: Aktor Mustapha Kamal dan isteri Sarah Manen Ibrahim kini dilaporkan semakin pulih.

Malah, menurut pengurus peribadinya yang dikenali sebagai Noh, artis itu juga sudah mampu menikmati nasi kerabu sebagai sarapannya pagi semalam.

“Pagi ini saya tidak pasti dia nak makan apa, jadi kita tunggu sajalah panggilan dia nanti nak order apa-apa yang dia nak makan,” ujarnya ketika dihubungi pagi ini.

Artis anak kelahiran Kelantan itu dan isteri dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab ll sejak tiga hari lalu kerana demam.

Menurut Noh, Sarah Manen juga demam bagaimanapun tidak seteruk Mustapha Kamal.

Jelasnya lagi, pada awalnya Mustapha enggan ke hospital, namun setelah dipujuk oleh isteri dan anak-anaknya akhirnya ke klinik swasta.

“Namun sebaik sahaja sampai di klinik tersebut dia pengsan dan terus dirujuk ke HPRZ ll,” ujarnya.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob meluangkan masa menziarahi artis itu. Turut bersamanya Anggota Parlimen Tumpat, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi.

Che Abdullah, mengharapkan kesihatan artis berkenaan dan isteri semakin pulih.

“Kami semua dan rakyat Kelantan sentiasa mendoakan kesejahteraannya,”ujarnya lagi.

Sebelum ini Adun Pantai Irama, Mohd Huzaimy Che Husin, Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim, dan lain-lain lagi turut menziarahinya. – HARAKAHDAILY 12/6/2019