20
Thu, Jun
44 Artikel Baru

500 penduduk miskin iftar nasi Arab

Berita
Typography

RANTAU PANJANG: Kira-kira 500 penduduk Kampung Bendang Ikan dekat sini berpeluang merasai masakan Arab iaitu nasi mandy dengan lauk ayam dan kambing pada program iftar.

Menu istimewa itu ditaja Muslim Care Malaysia Society sebagai memenuhi permintaan penduduk tempatan.

Naib Presiden Muslim Care, Mohd Johari Ismail berkata, penduduk yang diundang iftar merupakan golongan asnaf.

“Alhamdulillah kita juga dapat memenuhi permintaan mereka untuk berbuka dengan nasi arab yang kita sediakan.

"Mereka kelihatan sangat gembira di samping menerima sumbangan duit raya daripada umat Islam seluruh Malaysia yang disampaikan melalui Muslim Care," katanya ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa dan penyerahan sumbangan kepada penduduk miskin di Masjid Taqwa, Kampung Bendang Ikan di sini petang kelmarin.

Menurutnya juga berkenaan mendapat sokongan anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Terdahulu Siti Zailah yang juga Ketua Muslimat PAS Kelantan menyampaikan tazkirah dan menyerah sumbangan kepada penduduk yang kebanyakan penoreh getah dan petani. – HARAKAHDAILY 4/6/2019

kampungg