20
Thu, Jun
47 Artikel Baru

Sumbangan Kasih PAS Parit labuh tirai Ramadan

Berita
Typography
PARIT: PAS Kawasan Parit melabuh tirai programnya pada Ramadan dengan sumbangan Semarak Kasih Ramadan kepada keluarga asnaf Dun Belanja dan Dun Bota, semalam.
 
Seramai 70 penerima daripada Dun Bota telah diberikan sumbangan di perkarangan Pejabat PAS Parit, manakala 50 penerima dari Dun Belanja mendapat diagihkan sama di Pondok pengajian Darul Mubarak, Selboh, di sini.
 
Program disempurnakan oleh Yang Dipertua PAS Parit, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib ini merupakan hasil infak orang ramai yang berjaya dikumpul hampir RM7,000 sebagai dana menjayakannya program sepanjang Ramadan. 
 
Mengimbau sirah Rasulullah S.AW. dan Sahabat R.A Ustaz Ismi di dalam ucapannya berkongsi tips berbentuk doa yang perlu diamalkan oleh seluruh umat Islam khususnya ahli PAS bagi menghadapi mehnah dan tribulasi kini.
 
Bingkisan fadilat doa yang di kongsikan tersebut merupakan sebahagian zikir yang terkandung di dalam al-Ma'thurat di mana berpotensi membentuk peribadi umat Islam jika diamalkan dan dihayati tafsirannya. 
 
"Lazimkan diri sentiasa memohon pada Allah. Doakan semoga diri kita lebih banyak memberi daripada menerima tanpa menunggu waktu kaya kerana hakikatnya memberi itu lebih seronok daripada menerima,'' ujarnya.
 
Turut hadir, melangsungkan program akhir ihya' Ramadan ini Ketua Pemuda PAS Parit, Ustaz Mohd Zahid Abu Bakar dan Ketua Muslimat PAS Parit, Dr Najihatussalehah Ahmad serta pimpinan Jawatankuasa PAS Parit. 
 
Seluruh penerima dibekalkan keperluan barang asas dapur dan wang tunai sempena program Semarak Kasih Ramadhan yang dikelola oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Parit, Shamsul Kamal Jamhari. - HARAKAHDAILY 3/6/2019