20
Thu, Jun
46 Artikel Baru

Pemuda PAS Gopeng kasihi asnaf meniti Syawal

Berita
Typography
GOPENG: Pemuda PAS Kawasan Gopeng bersama Pemuda PAS Cawangan Gopeng telah mengadakan program Kasih Syawal di Mydin RTC Gopeng, di sini semalam.
 
Program khusus untuk anak yatim dan fakir miskin ini bertujuan mengurangkan beban perbelanjaan raya dan menggembirakan para penerima bantuan.
 
Menurut Ketua Pemuda PAS Gopeng, Ustaz Harith Hamzah, program julung kali itu telah memberi manfaat kepada 40 penerima bantuan yang dipilih dari seluruh Parlimen Gopeng.
 
Pun begitu beliau mengharapkan agar inisiatif seumpama dapat diperluas dan diperbanyakkan lagi kepada ramai penerima yang memerlukan bantuan seperti itu.
 
Katanya, Aidil Fitri harus dirai gembira semua termasuk golongan kurang berkemampuan di mana sumbangan dermawan telah merealisasikan hal tersebut dapat dikecapi penerima. - HARAKAHDAILY 3/6/2019