23
Mon, Sep
22 Artikel Baru

UPAYA sampaikan zakat dan duit raya kepada OKU

Berita
Typography
TAWAU: PAS Kawasan Tawau telah meraikan seramai 100 Orang Kelainan Upaya (OKU) pada Majlis Mahabah Ramadan di Masjid Al-Kauthar, do sini semalam.
 
Pada majlis tersebut, 33 OKU menerima pemberian wang zakat, manakala 67 OKU lagi menerima duit raya disampaikan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Husain.
 
Pengerusi Unit Pengupayaan OKU (UPAYA) PAS Tawau, Ustaz Rosli Hasan berkata, majlis tersebut adalah sebahagian program utama UPAYA dalam bulan Ramadan.
 
Sebelum ini ujarnya, pada 25 Mei yang lalu telah mengadakan majlis iftar jamaie bersama meraikan warga OKU dilangsungkan di sebuah restoran di bandar ini.
 
"Selain pemberian sumbangan dan iftar, UPAYA PAS Tawau turut mengadakan KAFA OKU agar anak-anak istimewa ini mendapat pendidikan al-Quran dan Fardu Ain.
 
"(Malah) UPAYA juga turut mengadakan kelas jahitan secara berkala kepada OKU dewasa," maklum beliau.
 
Majlis tersebut yang juga meraikan keluarga OKU terbabit turut diserikan dengan persembahan nasyid pelajar-pelajar OKU dan bacaan al-Quran dari OKU buta. - HARAKAHDAILY 2/6/2019
IMG 20190602 WA0042