19
Wed, Jun
24 Artikel Baru

Royalti: Aspek teknikal defendan kedua belum selesai

Menteri Besar menjawab soalan pemberita di Kota Darulnaim.

Berita
Typography

KOTA BHARU: Saman Kelantan terhadap kerajaan Persekutuan yang bertindak sebagai pencelah isu tuntutan royalti Petroleum belum lagi selesai.

Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato' Ahmad Yakob berkata, terdapat beberapa aspek teknikal yang perlu dibincangkan secara terperinci.

“Bagi kita (Kelantan) sudah menarik balik saman secara total, tinggal lagi, penyelesaian dengan kerajaan Persekutuan perlu dibuat," katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.

Di KUALA LUMPUR pula hari ini kerajaan Kelantan menarik balik saman terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti menyelesaikan kes yang difailkan sejak 2010.

Peguam, Aleeya Elyana Ahmad Mahreez yang mewakili kerajaan negeri dilapor berkata pihaknya sudah menarik balik saman melalui notis untuk tidak meneruskan tuntutan berkenaan pada 13 Mei lalu.

Bagaimanapun menurutnya tiada sebarang arahan berhubung kes saman yang difailkan terhadap kerajaan Persekutuan selaku defendan kedua. - HARAKAHDAILY 21/5/2019