21
Tue, May
32 Artikel Baru

Gubah bunga coklat hadiah istimewa Hari Guru

Berita
Typography
BAKRI: PAS Kawasan Bakri telah meraikan warga pendidik sempena Hari Guru dengan mengadakan edaran gubahan bunga coklat di sekolah-sekolah sekitar Bakri, di sini kelmarin.
 
Pemberian cenderahati tersebut adalah sebagai tanda ingatan dan penghargaan atas jasa guru mendidik anak bangsa, selain meluaskan hubungan dan jalinan ukhuwah.
 
Delegasi tersebut terdiri daripada Ketua Urusan Ulamak PAS Bakri, Ustaz Zarul Salleh dan Ketua Muslimat PAS Bakri, Normala Ali bersama anggota yang lain.
 
Sebanyak 16 sekolah telah dikunjungi bagi pertemuan mahabah dan penyerahan cenderahati unik tersebut sekali gus membina kemesraan antara kedua pihak.
 
Antara dilawati adalah Sekolah Kebangsaan Simpang Jeram, Bukit Batu, Parit Zin, Sungai Abong, Bakri Batu 2, Bakri Batu 5 dan Sekolah Menengah Sungai Abong.
 
Juga Sekolah Agama Sungai Abong dan Batu 6, selain Kolej Vokasional, Maktab Rendah Sains Mara dan Maahad Tahfiz Al-Quran Thohiriyah. - HARAKAHDAILY 18/5/2019
IMG 20190518 WA0030