21
Tue, May
32 Artikel Baru

Adik Fathimah pergi menemui Ilahi

Berita
Typography

KANGAR: Pelajar Pasti Ar Rahmah, Kangar. Fathimah Azzahra Mohd Bukhori, 6, telah menemui Penciptanya pada 11 Ramadan, hari ini.

Adik Fathimah mula diserang leukemia kali kedua bermula Februari lalu.

Setelah tiga bulan keluar dan masuk hospital, akhirnya beliau pergi buat selama-lamanya di Hospital Tuanku Fauziah.

Harakah sebelum ini pernah melaporkan mengenai penyakit yang dihidapi oleh Adik Fathimah.

Penderitaan yang dihidapinya itu mendapat perhatian pihak PASTI Negeri Perlis dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kangar. – HARAKAHDAILY 16/5/2019